Photobucket

Monday, June 21, 2010

SANTAPAN ROHANI
Kelolaan: Norhayati Hj. Ramlee

IKHLASKAH ANDA? (part 1)

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ramai di antara kita masih tercari-cari atau kurang memahami malah ada yang salah faham dengan perkataan ini. sebenarnya ikhlas itu adalah rahsia tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu anda yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu sama ada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas, mereka menangis kerana merasa tidak selamat dan tidak mungkin memperoleh ikhlas itu kerana begitu tinggi nilai dan susah untuk mendapatkan sifat ikhlas itu.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal. contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata, "Ambil lah, saya ikhlas...." Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ni ikhlas, tapi sedih, awak menolak.," Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar". Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

ERTI IKHLAS

Erti ikhlas itu ialah murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak tulen lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. Kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4.
kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya

Justeru perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak di campur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang berlaku atau hendak berlaku atau tidak jadinya sesuatu, tidak timbul sama sekali kerana niat kita semata-mata kerana Allah. Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang meminta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan, maka ia tidak ikhlas atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Monday, May 24, 2010

LELAKI BERSALAMAN DENGAN WANITA


Amalan kunjung -mengunjungi dan ziarah-menziarahi ialah satu amalan mulia. Namun, dalam menghubungkan tali silaturahim ini masih ramai yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan adab-adab Islam terutama berkaitan batas-batas hubungan antara lelaki dan wanita. Walaupun kita digalakkan merapatkan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasnya. salah satunya ialah hukum ajnabi. Ramai di kalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salaman antara sepupu lelaki dan wanita atau antara seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya termasuk dalam hukum larangan bersalaman wanita dengan lelaki ajnabi. Umaimah pernah berkata "kami berkata bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih mengasihiani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbaiah denganmu wahai Rasulullah." Lalu Nabi s.a.w. menjawab : " Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita."

KEBERKATAN WAKTU



Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas yang amat penting, dan waktu ialah modal penting, dan waktu ialah modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas tersebut dengan baik.

Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yang baik, kita tidak akan dapat menunaikan tugas tersebut dengan sempurna. Oleh sebab itu, bagi hamba-hamba Allah yang sejati, waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta benda apa pun di dunia ini..

Friday, February 19, 2010

Assalamualaikum......buat semua saudara - saudara ku di luar sana.....maaf saya pohon kerana lama rasanya tak ke laman ini...., Buat masa sekarang Muhammad Qisti Raid iaitu anakku tidak bersama kerana ada diluar kota buat sementara waktu... jadi untuk tidak menyepi begitu saja saya akan sajikan satu renungan yang akan kita kongsikan bersama yang saya petik dari "Diari Mukminah"

RENUNGAN

BERWUDUK ZAHIR DAN BATIN

Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya: "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata: "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh hati dari tujuh perkara:

-Bertaubat.
-Menyesali dosa yang telah dilakukan.
-Tidak tergila-gilakan dunia.
-Tidak mengharap pujian orang.
-Tinggalkan sifat riak.
-Tinggalkan sifat khianat dan menipu
-Meninggalkan sifat dengki

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian siratul mustakim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. "Hatim menyambung lagi: "Setiap bacaan rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Saturday, December 19, 2009

15.Harta Riba' Wujud Di Merata Tempat

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". H.R. Ibnu Majah


Keterangan:
Hadis sabda Rasulullah saw ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

14.Zaman Dimana Orang Yang Tidak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". H.R. Muslim


Keterangan:
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Perkara - perkara yang banyak tersebar di internet tentang Hari Kiamat

Saya, orang yg sedang membaca ini , berjanji akan menyebarkan ini kepada seluruh umat islam. Saya JANJI.

Dajjal akan keluar apabila Masjidil Aqsa tidak berazan selama 5 atau7 hari.
kemungkinan pada 21/12/2012.
ramai orang fikir itu tarikh kiamat.
TIDAK!!!!
Nabi Isa tidak turun uNtuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati.
dikatakan dajjal akan berkuasa selama 44 hari atau tahun.
jangan takut... dajjal tidak boleh masuk ke : -


1. Baitul Maqdis.
2. Makkatul Muqarramah.
3. Madinatul Munawwarah.
4. Ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi.
5. Kaum yang telah dikepung dan diperangkap oleh Raja Zulqarnain dan kaumnya membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga.
6. Haiwan yang aneh,​ Ad-​Dabah ,​ tidak keluar lagi.
7. Haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.
8. Matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.
9. Kekurangan gempa bumi & gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia.
10. laut akan kering dan menjadi gurun.
11. Neraka jahannam akan terbuka pintunya.
12. Kiamat akan berlaku.
13. Apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.


Sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam . Sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk . Betapa dekatnya kiamat itu . Sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. Allah tidak suka orang yg MUNAFIK.

Daripada : -
Rijal Lul Fa
qir

Wednesday, December 16, 2009

Mengumpat & Memfitnah

Masud Ayat Al - quran :

"Jikalau kita mengatakan sesuatu (
keburukan ) tentang dirinya yang ada pada dirinya , maka itu adalah mengumpat . Dan jikalau kita mengatakan sesuatu ( keburukan ) tentang dirinya yang tiada pada dirinya , maka itu adalah menfitnah"

Perkara ini dipetik dari sahabat ana Ahmad Salman...
syukran jazillan:)

13.Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Ertinya
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".H.R Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

12.Dimanakah Punca Kebinasaan Seseorang

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".H.R. Baihaqi

Keterangan
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.